Susah betul kalau orang tak suka kita ni kan? Banyak mulut mulut cakap pasal diri ini. Yang tak boleh tutup, kenapa sampai macam tuh. Aku ni seorang yang sabar, aku dah bagi peringatan banyak kali kalau tak suka aku tolong bagitahu, aku tak marah pun. Aku rupa je garang tapi hati ada taman, kalau macam ni, sampai bila aku tak tahu siapa tak suka aku, sampai bila aku tak tahu kelemahan aku. Aku tak mintak banyak, jumpa aku cakap " aku tak suka kau dan ( cakap sebab) " Itu sahaja, tak makan banyak masa pun. Susah betul kalau macam ni :/
Bukan apa? Aku just banyak pikir, apa yang aku buat korang tak suka. Aku gedik? Yeah! semua perempuan gedik termasuk aku. kalau kau perempuan kau tak gedik, kau tipu semua orang. Ini realiti! kau baik mana pun, tapi kalau orang pandang kau sebagai seorang yang bernama perempuan, kau akan dikutuk jugak sebagai "gedik", sori aku terpaksa cakap benda ni sebab aku dah penat.
Aku tak penah nak maki orang bagai kalau kena kutuk, tp kalau kawan rapat sendiri kutuk, memang kene lah maki. Sakit di hati, siapa yang tahu? Hanya tuhan dan diri sendiri sahaja tahu.
Kalau "terkutuk" seseorang, pergilah mintak maaf. Tolong mintak maaf sebelum terlambat. Manusia ni hidup bukan lama pun. Akhir sekali, kubur memanggil jugak kalian :')
Aku suka nasihat orang, nasihat orang dengan benda yang (positive) Salah ke? Dosa ke aku berbuat begitu? Hina? Hm, entah lah. Aku nasihat orang, sbb itu sahaja pertolongan yang aku boleh buat. Itu sahaja yang aku mampu nak tolong orang dalam kesusahan, selain itu adalah dengan kehendak sendirii. nasihat aku adalah dari pengalaman yang aku tempoh dari aku lahir hingga sekarang ( bukan nak bajet ) Hm. Nanti mesti ada mulut mulut yang berkata
[ woah! Bajet ustazah doh dia ni sekarang ]
[ Nasihat orang lebih, tapi diri sendiri ]
Maybe persoalan ini akan timbul disegelintir pemikiran budak budak zaman sekarang. Tak apa. Aku tak kesahh, nak cakap apa pun. Cakap lah, nasihat aku adalah untuk orang yang hanya mahu mendengar nya :")
Mulut mulut lagi berkata,
[ Bajet comel ]
[ Bajet hot ]
[ Bajet cool lah tuh ]
[ Bajet gambar semua cantik ah, edit photoshop je ]
Dan maybe dengan semua perkataan "Bajet" membuat kan semua benda menjadi serba salah bukan? Selalu betul dengar perkataan itu di laman laman sosial sekarang. termasuk diri aku sendiri berkata sedemikian :) ini pengakuan yang jujur. tak peeee aku nak "Bajet" ni tengok lah gambar "Bajet" aku ni