Sekejap betul bulan bulan berlalu cepat betul. Hari hari sedih hari hari gembira berlalu dengan pantas. Kenangan mengawal dengan cepat. Peperiksaan mengawal pemikiran dan hati. Jiwa mengawal pergerakan yang dibuat tiap tiap hari darah mengalir.
Pagi dan malam menjadi keutamaan setiap hari. Tahun yang berlainan, bulan yang berlainan, minit yang berlainan dan hari hari yang akan berulang rulang 24/7. Ini semua emas yang diberi tuhan tercinta. Emas ini bukan lah digunakan untuk bershopping, bersuka ria dan berr-berr-berr.. Emas ini penuh dengan nikmat dan kenikmatan nya, penuh dengan ilmu.
Kisah kali ini adalah tentang "Masalah", didunia ini apa pun semua bermasalah.
"Setiap permasalahan yang diberi, mempunyai penyelasaian kecuali yang tertentu" -hazi.
Masalah dimana dimana. Pandang kiri kanan atas bawah tepi kanan kiri semua masalah bukan? Ada sahaja tidak kena. Masalah masalah ini mestilah dia selesaikan dengan :-
- Pendengar Setia Masalah - Macam mana pendengar itu? Pendengar yang selalu dengar masalah. Elok lagi kalau pendengar ini adalah emak atau rakan rakan yang memahami kita. Yang faham kita, yang boleh bagi kita petunjuk terbaik. Yang tak terlalu pertikaikan apa kita cakap, yang tak selalu cakap "ahhhhh! asal hang ni BODOH sangat?" atau perkataan yang kesat dan menyakitkan hati ini boleh memberi kita lebih stress. Memberi kita rasa nak maki dia 24/7. Cari kawan yang elok untuk mempercitakan masalah kamu ;)
- Penyelasaian Dengan Menangis dan Menjerit - Ini jugak cara yang bagus, cara yanggg lepas itu kehilangan masalah. Tapi ini kalau memang tak tahann sangat. Dengar sini, setiap air mata yang jatuh ke atas muka bumi bukan lah kelemahan kita. Bukanlah bermakna kitaaaa dah tak bermaya bukan lah kita dan putus asa dan tidak mahu hidup. Menjatuhkan air mata itu adalah satuuuuu kebaikan untuk melanjutkan kehidupan kamu.
- Mencari Jalan Yang Mudah Dengan Beribadah - Seelok-eloknya gunalah yang ini untuk menyelesaikan masalah anda. Allah ada petunjuk nya. Ada pelbagai yang kita mahu, Hanya mengambil wuduk dan membentangkan sejadah dan memakai telekung dannn sembahyang dengan tertibb, untuk mendapat petunjuk Allah Yang Maha Besar. Allah sentiasa berada disisi kita walaupun kita tengah sedih atau gembira. Jangan lah menggunakan kebaikan ini ketika anda sedang keperitan, kesakitan dan kesedihan. Menunaikan ibadah adalah lebih bagus :')
Itu sahaja yang mampu aku bagitahu. Aku bagi nasihat. Aku cukup susah kalau tengok orang ada masalah, pelbagai konflik pelbagai maki makian berlaku. Masalah yang berat adalah masalah yang berlaku di akhir hayat kita.
Aku disini bukan sahaja nak tulis tulis. Ini semula berdasarkan pengalaman. kawan kawan aku banyak problem lately ini. Kalau terasa panjang maaf aku memang suka tulis panjang panjang.
#maaf gambar ini kurang senonoh.
Semoga dapat menyelasaikan masalah ye sayang sayang :*
------------------------------------------------------------------------------------
HAPPY BIRTHDAY SARAH FAIDAH!
#dia pakai baju warna ungu. Tapi tak minat Justin
Dah besar dah hang kan? Aku ada lagi 3 bulan baru 15 ni yang jealous ni, haih mak cik ni dah besarrrr. Suka la tuh? Lagi besar lagi matang Insyaallah. Terima kasih duduk sebelah aku, Terima kasih kerana ajak aku hantar buku, Terima kasih kerana layan aku punya kerenah. Kauuuu best walaupun kadang kadang kau cakap "aku rindu duduk sebelah Ain" okay tak apa. Best kan birthday girl ini, tadi ramai cakap jangan datang harini sebab birthday kau haha. Lawak jeee. Tak apa apa pun, akuu sayang hang Sarah Faidah Binti Ahmad Fiesal.
Your friend,
Nur Hazirah
12.19am [28/7/2011]